Kiza Herbs - Pembekal Herba dan Limau

Kiza Herbs di asaskan oleh Khairul Iskandar b. Zainal Abidin . Nama Kiza itu sendiri di ambil dari nama pengasas itu sendiri. Kiza Herbsdidaftar di alamat 76 FE ,Kampung Puah , Jalan Gombak , 53000 , Kuala Lumpur . Kiza enterprise bermula pada tahun 2000 setelah kajian selama 2 tahun untuk menceburi  perniagaan dalam bidang pembekal herba herba tempatan . Kiza enterprise juga mendapati bahawa pasaran limau limau perubatan mempunyai pontensi yang unik di pasaran tempatan. Bermula dengan kajian itu maka wujud lah gerai MAK YAH PAHANG di Lot No. 128 ,129 & 130, Pasar Raja Bot, Jalan Chow Kit Road (Pasar Chow Kit) Pada mula operasi Kiza mendapat bekalan dari negara jiran selama setahun. Dan dalam setahun itulah Kiza mendapati semua ini ada di tanam di Malaysia . Dengan itulah dalam tahun 2001 wujud lah LADANG HERBA MAK YAH PAHANG . di uruskan ole bapa dan ibu pengasas , Haji Zainal Abidin & Hajjah Zariah . lokasi ladang ini adalah di TEMERLOH , PAHANG DARUL MAKMUR .Maka dari sini lah bermula nya Kiza enterprise menjadi pembekal herba herba tempatan (rhizom) yang dipercayai dan berdaya saing . Menanam hampir 80% jenis jenis limau perubatan di Malaysia .

Ladang Kiza ini juga mendapat perhatian dari kalangan pelajar pelajar universiti/ swasta ,pengkaji herba ,jabatan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian Negeri, SIRIM , FRIM dan juga syarikat syarikat herba yang besar. 

Kiza enterprise juga ada mengeluarkan produk produk yang bermutu dan di hasil kan dari sumber ladang Mak Yah Pahang .Produk seperti Kapsul Hempedu Bumi , Misai Kucing dan Pek Mandian Herba Spa / Lepas Bersalin adalah produk yang sering mendapat permintaan yang tinggi .

Kiza enterprise ada menceburi bidang penternakan ikan sangkar . Ikan yang di ternak adalah Ikan Patin dan Telapia Merah

  

Nama Herba                                               Nama Limau

Temu Ireng                                                  Limau Celoreng

Temu Lawak                                                Limau Kuku Harimau

Temu Pauh/Mangga                                    Limau Kunci

Temu Putih                                                  Limau Kedangsa

Temu Kunci                                                 Limau Pagar

Cekor                                                          Limau Purut

Halia Bara                                                   Limau Telur Buaya / Bantal

Lempoyang                                                 Limau Nipis

Kunyit Bonglai / Terus                                 Limau Mata Kerbau

Kunyit                                                          Limau Quintex  

ubi Badak                                                    Limau Kambing / kerat lintang

lengkuas Hutan                                           Limau Sejundai

Tebu Gagak                                                Limau Lelang

  

  

Kiza Herbs juga ada menjual anak anak pokok herba dan limau . Semua pokok pokok harus di tempah dahulu .

 BERITA SYARIKAT

  

Dapat kan Resepi asli produk Jamu Awet Muda Mak Yah .

  

Kiza juga ada menjual beras nasi dagang ,pulut susu di gerai MAK YAH PAHANG di pasar chow kit .

Produk terbaru kami Bengkong lepas bersalin

  

A/C BANK CIMB  

 No :1414-0126504-52-2

kizaherbs01@gmail.com

iskandar@kizaherbs.com

 

Artikel dalam akbar tentang pengasas dan perniagaannya

New Sunday Time

20/11/2005

  

 

Set Mandian Lepas Bersalin / SPA Peribadi.

© 2009 KIZA ENTERPRISE

KIZA ENTERPRISE
KEMBALI KE ALAM SEMULAJADI/BACK TO NATURE